9/12/14

Lawatan penilaian PSS

Hari ini sekolah menerima pelawat dari BTP Perak untuk membuat penilaian Pusat Sumber Sekolah.  Mereka ialah Tuan Haji Suhaimi,  En Megat Fuad dan En Izani.

PSS menyertai pertandingan PSS buat kali kedua pada tahun 2014.  Tahun 2013 PSS telah mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan.

4/1/14

Persaraan Guru Besar Kedua

Sekolah ini yang mula beroperasi pada pertengahan tahun 2010 telah menempa sejarah dengan mengadakan majlis persaraan untuk dua orang guru besar dalam tempoh  4 tahun.

Persaraan pertama ialah untuk En Salleh Wahab pada 20 April 2012 dan yang kedua ialah Cik Hajah Halimaton Limat pada 12 Mac 2014 lalu.

Pihak sekolah terutama kelab guru iaitu KESUMA telah pun mengadakan majlis persaraan untuk kedua-dua mantan guru besar dengan majlis dan istiadat yang gilang gemilang.

Kini sekolah menanti ketibaan guru besar yang baru..
Hjh Halimaton


Menerima surat pengesahan persaraan daripada Timbalan PPD LMS Tuan Hj Aminuddin Mohd Nor
Album 1

Album 2

Album 3

Album 4

Album 5

3/19/14

Lawatan Kerja Oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak

Dr Suhaimi Kadir disambut oleh GPM 

Menandatangani buku lawatan di Gelari Sri Palma
Dr Suhaimi Kadir singgah untuk lawatan kerja ke SK Taman Palma hari ini  19 Mac 2014 dari jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengah hari.

3/18/14

Chromebook


PdP berasaskan chromebook

Sent from Samsung Mobile

Pameran Bertema




Sent from Samsung Mobile

Persediaan Khidmat Bantu

Rakan-rakan hadir untuk membantu Pusat Sumber Sekolah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3/17/14

Etos



Karektor sekolah ini ialah angklung, pasukan angklung sekolah dipimpin oleh  Cikgu Azizan Kamaruddin, Cikgu Faiza Hussin, Cikgu Zamri Ahmad. Jurulatih pertama dan perintis ialah Cikgu Ruhil yang kini bertukar ke SK Kg Jambu (sekolah kluster)

Angklung, pencapaian tertinggi ialah membuat persembahan di karnival muzium perak 2014 

Sejarah Penubuhan Sekolah

EN MD SALEH WAHAB 


SK Taman Palma mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jun 2010 dengan kemasukan pelajar seramai 628 orang dari Thn 1 hingga Thn 5. Guru Besar pertama ialah En Md Saleh Wahab, beliau bersara pada usia 58 tahun pada 20 April 2012

Misi sekolah ialah Bersama meningkatkan kecemerlangan Pendidikan berteraskan "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan

Sebuah sekolah rendah dibina atas tanah seluas 7.240 ekar atau 24,149,755 meter persegi dengan kos RM 16 juta.